Rakyat Malaysia Guna Sabun Pencuci Pakaian Secara Berlebihan, Tanpa Sukatan

1 min


20 shares

Pengguna Malaysia mengguna lebih banyak sabun pencuci daripada keperluan sebenar untuk mencuci pakaian.

Kajian dalaman tentang sifat pengguna oleh Dynamo mendapatu satu daripada empat orang dewasa tidak mengukur atau mematuhi arahan pada label semasa mengguna sabun pencuci.

Pada masa sama, para pengguna mengguna jumlah berlebihan kerana berpendapat lebih banyak sabun digunakan, pakaian bertambah bersih.

“Menjadi satu kepercayaan, apabila menggunakan lebih banyak sabun, pakaian lebih bersih. Oleh sebab itu, kita dapati orang ramai menuang lebih banyak sabun daripada yang sepatutnya,” kata Pengurus Serantau bagi Fabrik dan PenjagaanKediaman, Procter & Gamble Asia Tenggara, Louie Morante.

Lantaran itu, sebagai peneraju pasaran, jenama Dynamo mahu menambah baik amalan mencuci, bermula dengan mengambil jumlah pencuci yang betul dan mendapat lebih nilai daripada setiap botol, sekali gus memberi penjimatan masa dan wang.

Tambah Morante, jenama itu yang baharu melancarkan Dynamo Powe Gel dengan formula gel ultra menawarkan pembersihan lebih baik dengan pengambilan separuh penutup cecair sabun itu bagi muatan untuk 15 hingga 20 helai pakaian.

Penutup botol Dynamo Power Gel itu bukan sahaja digunakan untuk menyukat tetapi menangani pembaziran – baki cecair sabun boleh dituangkan semula ke dalam botol jika sukatan berlebihan.

Sumber : Cari


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *