Cara Baiki Mesin Masuh Yang Tersumbat Agar Air Yang Masuk Kembali Laju

3 min


27 shares

Mahu kongsi sedikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh yang rosak. Mesin basuh ini merupakan hadiah kahwin Kak Chik dulu. Setakat ini, jarang ada masalah, tetapi kali ini ada masalah air yang masuk perlahan sangat.

Ni rupa air yang slow tu. Sebenarnya video ni panjang lagi tapi aku dah terpotong lak.

Posted by Mazuan Lin on Tuesday, August 1, 2017

Rasanya, kalau hantar kedai untuk dibaiki, mahu kena cas dalam RM200 juga agaknya. Itu pelum masuk lagi azab mahu pikul mesin basuh pergi kedai pula. Padahal, kos beli barang baru RM30, beli di Jalan Pasar, Kuala Lumpur.

Memandangkan suami Kak Chik sudah berceramah sebab tidak boleh basuh baju dan mood Macgyver aku pun tengah ada, maka aku pun bukalah Youtube dan baca blog tentang cara mahu betulkan mesin basuh ini.Rupa-rupanya senang saja. Perempuan pun boleh.

AMARAN! JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA.

Sebab aku rajin, aku ambil gambar siap letak kapsyen sekali untuk korang ikut kalau ada masalah yang serupa.

1. Lepas cabut soket elektrik dan tutup pili air, baru buka hos air dekat belakang ni. Kalau tidak, memang akan mandi sambil kena current.

2. Lepas cabut hos, guna playar tirus untuk cabut penapis yang ada dalam sambungan hos tu. Disarankan supaya tidak mencungkil dengan pisau atau skru driver kerana takut patah.

3. Kadang-kadang air tidak boleh masuk sebab penapis ini sudah tersumbat. Cuba cuci dengan air paip dan berus. Lepas itu, pasang balik. Kadang-kadang terus ok tetapi kalau masih sama perlahan, ini bermakna injap air masuk sudah rosak.

4. Tanggalkan skru panel atas mesin basuh. Mesin basuh aku kena buka kiri dan kanan skru.

5. Cari benda injap air masuk dan buka soket eletrik. Lain mesin basuh mungkin lain rupa injapnya, terutama kalau kain masuk ikut depan. Aku pakai mesin basuh jenama LG. Kalau tidak silap, Toshiba pun pakai injap yang sama.

6. Inilah rupa benda yang korang kena bongkar keluar. Benda ini tidak berskru pada mesin, jadi aku tarik keluar saja. Periksalah dulu korang punya ada skru atau tidak.

7. Ini rupa selepas dicabut. Injap itu bersambung dengan skru ke kotak air ini. Jadi kenalah tanggalkan skru itu dulu.

8. Inilah rupa injap air masuk itu selepas diceraikan daripada kotaknya. Bawa benda ini pergi kedai alat ganti. Harganya dalam RM30 saja.

9. Pasang balik kesemua benda yang dicabut tadi ikut susunan terbalik.

10. Hos air jangan lupa sambung pula.

Wallaah! Lalu air pun mulai deras mengalir cemerlang sebening embun. Jimat RM200.

Sumber : Mazuan Lin


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *