Ini Cara Mudah Hilangkan Kesan Calar Pada Visor Helmet

1 min


547
364 shares, 547 points

Selain daripada menggunakan helmet, penggunaan visor juga dapat melindungi wajah dan mata penunggang motosikal daripada kotoran, debu, air hujan dan juga terik matahari.

Memandangkan fungsinya sebagai sebuah bahagian yang terpenting pada sebuah helmet itu, visor sering terdedah kepada pelbagai jenis ‘ancaman’ yang boleh mengakibatkan permukaannya calar sama ada ianya berpunca daripada jatuh ataupun penjagaan yang tidak betul dan berhati-hati.

Berikut merupakan cara mudah untuk menghilangkan kesan calar pada permukaan helmet.

1. Tanggalkan visor daripada helmet.

2. Cuci visor dengan air sabun dan bilas menggunakan air yang mengalir supaya kotoran yang masih terlekat pada permukaan visor tertanggal.

3. Kemudian, lapkan permukaan visor yang calar itu dengan menggunakan kertas pasir yang paling halus sambil dicuci dengan air sabun atau air yang mengalir.

4. Permukaan visor akan kelihatan sedikit kusam selepas dilap menggunakan kertas pasir.

5. Keringkan visor sebelum dikilatkan dengan menggunakan white compound. Pastikan anda menggunakan kain kapas bagi mendapatkan kesan yang terbaik.

 


Like it? Share with your friends!

547
364 shares, 547 points