Jenis-Jenis Ubat Yang Wajib Ada Ketika Pulang Beraya

5 min


545
61 shares, 545 points

Minggu depan dah cuti sekolah. Baju raya dah siap. Kuih raya dah siap. Ada yang dah siap pek barang nak balik kampung. Kereta pun dah servis. Namun ada perkara yang ramai lupa untuk bersedia.

Musim perayaan ni, banyak klinik dan farmasi akan bercuti lama. Jadi, kalian kena siapkan beberapa alatan asas penjagaan kesihatan. Terutamanya yang ada anak kecil dan yang nak pulang ke kampung. Malah semua rumah perlu ada set ni.

Berikut merupakan senarai ubat-ubatan yang ibu bapa wajib ada ketika pulang beraya nanti:

Tisu basah / Baby wipes

Antara benda penting ni! Rasanya semua orang yang ada anak ada benda ni di rumah.

Nappy rash cream

Musim raya ni, kita makan macam-macam, kadang anak yang menyusu badan pula yang kena cirit birit sampai melecet bontot. Benda ni sangat membantu elakkan kulit menggelupas akibat kerap basah.

Paracetamol / ubat demam

Dos dia 15mg/kg (setiap kilo berat badan, darab 15mg). Contoh: anak 10kg, maka 10kg x 15mg/kg = 150mg (miligram tau bukan ml).

Ubat batuk

Boleh beli ubat batuk komersil atau di farmasi. Sila ikut sukatan yang disyorkan pada kotak produk. Baca betul-betul. Jangan salah. Baca juga mana sesuai untuk kanak-kanak, mana yang tidak. Ada yamg menyebabkan ngantuk, jadi hati-hati.

Syringe / picagari

Ini untuk beri ubat pada anak-anak kecil. Nak buat cuci luka pun boleh. Nak main tembak-tembak air dengan sepupu pun boleh.

Cawan plastik

Dah makan ubat, mesti nak minum, kan? Standby je satu cawan plastik. Manalah tahu diperlukan.

Nasal Aspirator

Kalau hidung anak berhingus dan tersumbat, boleh sedut hingus guna bendalah ni. Picit, masuk lubang hidung, dan lepas.

Ini versi kena sedut pakai mulut. Bila sedut, hingus masuk tabung kecil tu, tak masuk mulut anda. Cuma virus/bakteria dari anak boleh masuk mulut anda.

Ini jenis pam elektrik. Paling senang. Tapi mahal. Duit raya anak anda yang tahun lepas, anda buat lah beli benda ni.

Saline spray

Ini spray untuk legakan hidung berhingus. Boleh guna untuk bayi dan anak-anak kecil. Boleh beli di farmasi.

Oral aid

Semasa raya ni kita atau anak-anak mudah kena ulser mulut. Boleh beli gel macam Bonjela, Keno atau apa-apa jenama di farmasi.

Paracetamol tablet

Ini pun beli siap-siap. Sakit kepala. Sakit tangan lenguh kacau dodol. Sakit hati je tak boleh. Kalau sakit hatoli cepat-cepat minta maaf. Bila lagi nak minta maaf kalau bukan Hari Raya.

Methyl Salicylate

Ubat sapuan panas untuk lenguh otot-otot. Mak Bapak kita suka ni.

Calamine Lotion

Kalau gatal-gatal, ruam-ruam biasa, bolehlah sapu ni. Lega, boleh tidur nanti.

Vaseline

Ini untuk lembapkan kulit, tapi tak nak kulit basah. Kalau kulit basah selalu, nanti berkedut dan mudah menggelupas. Pakai tau!

Losyen

Kalau tak nak pakai Vaseline jenis jelly, boleh pakai jenis losyen. Kulit mesti jaga.

Swab alkohol

 

Ini alkohol dalam bentuk swab. Koyak paket dia, keluarkan tisu beralkohol, dan lap kawasan yang kita nak sterilkan. Ada jual di farmasi.

Plaster aid

Ini semua orang kenal. Tampal dekat pipi, nampak macam rapper terkenal. Saya lupa nama dia. Haha

Crepe bandage

Ini bukan crepe yang isi durian tu. Ni pembalut kalau ada apa-apa kecederaan. Berguna benda ni.

Gunting

Pastikan gunting ni bukan gunting yang anda potong cili kering, potong ikan, potong kain raya. Guna gunting bersih dan tak berkarat. Beli satu khas untuk first aid kit.

Tweezers

Tak silap saya, dalam bahasa jawa, namanya ‘catut’. Boleh guna u tuk cabut selumbar ke, apa ke. Cabut uban nenek anda pun boleh juga.

Termometer

Beli termometer. Mudah. Cuma jangan beli yang ada bebuli merkuri. Kalau pecah bebuli dia nanti, susah nak bersihkan. Beli yang eletronik. Yang baca dahi ke, telinga ke, tak kisah.

Plaster (micropore)

Ini untuk tampal gauze atau bandage. Ini jenis plaster yang benarkan kulit bernafas. Kalau pakai selotape, berkuap nanti. Hehe.

Gauze

Kain kasa. Boleh guna untuk cuci luka. Tutup luka sebeljm balut dengan bandage. Beli yang steril lebih baik. Dalam paket. Ada pelbagai saiz. Pilihlah yang mana sesuai.

Flavin/ ubat kuning

Kalau ada luka, cuci bersih-bersih pakai saline water, kemudian pakai ni. Tutup dengan gauze, dan balut.

Glucometer

Kalau ada kemampuan, beli satu untuk mak abau yang ada kencing manis. Senang dia nak pantau paras gula dalam darah.

Sphygnomanometer

Untuk periksa tekanan darah. Vrli juga untuk mak abah. Mesti mereka sayang kau lebih baik dari tahun sebelumnya.

Ubat cirit-birit

Hari Raya adalah pesta makanan dan minuman, jadi keberangkalian terkena cirit-birit adalah tinggi. Boleh beli ubat cirit-birit dari farmasi awal-awal. Tanya siap-siap pada ahli farmasi, mana boleh beri kanak-kanak, mana yang tak boleh. OK?

Oral Rehydration Salt (ORS)

Kalau cirit-birit, maka banyak hilang garam mineral, jadi kena ganti semula kehilangan itu. Bancuh ORS dan minum setiap kali tercirit.

Sumber : Dr. Chaku


Like it? Share with your friends!

545
61 shares, 545 points